Demam
Highlights
- Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau?
- Kenapa kita selalu demam?
- Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?
- Apa maksud kekejangan febril?
- Bagaimana saya boleh mengesan demam?
- Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?
- Apa yang perlu saya elakkan?
Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau?
Sukar
untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat
tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi
suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5
darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada
kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang
dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya
melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu
petang.
Kenapa kita selalu demam?
Demam
ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel
"pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila
mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus –
mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka
akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu
badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga
akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh
kuman.
Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.

Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya
ini serius atau tidak?
Kelakuan
bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada
102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah
ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 101 darjah F /
38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Hubungi
pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia
menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa
dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan
bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan
membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini.
Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.
Apa maksud kekejangan febril?
Jika suhu
anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang,
bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia
sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai
kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang
membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya
berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika
serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak
anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera
Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.

Bagaimana saya boleh mengesan demam?
Ibu bapa
selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium
dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan
termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer
oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih
terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil
dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi
dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital
terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan
memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal,
jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.

Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam
bayi saya?
Anda
tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia
pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah
menenangkan-demam:
• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

Apa yang perlu saya elakkan?
• Jangan
letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu
aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera

No comments:
Post a Comment