Thursday, 8 October 2015

#PerkongsianIlmu : Manusia Akhir Zaman

Well , life is not what we always expected . kita semua hanya mampu merancang , but yang lebih Berkuasa dan yang Maha Esa lebih tahu the good and the bad sesuatu itu . So kita semua perlu pasrah dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan-Nya , mungkin Beliau ada perancangan yang lebih baik yang kita tidak tahu , kerana sesungguhnya kita ini hanyalah hambanya yang lemah .

Namun demikian , itu tidak bermaksud kita boleh lepas tangan ! . kita juga mesti ada usaha KEMUDIAN , baru lah tawakal , kerana sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang berusaha dan meminta-minta hanya pada-Nya sahaja ...

Mari baca dialog di bawah ini dan kemudian fikir2kan la sendiri

A: Aduh , letihnya , sakit badan-bandan ni ! .
B: Betul tu ! , mana ada pekerjaan yang mudah dekat dunia akhir zaman ni ? .
A: Aik ? Hm , Tapi kau nak tahu sesuatu tak ?
B: Tahu apa ?
A: Satu pekerjaan yang paling mudah dan untung tak mengira zaman .
B: Ada ke ? Kau biar betul ? Apa dia beb ?
A: Tapi jujur aku katakan pada kau , pekerjaan ni orang jarang pandang
B: Yeke beb ? apa dia ? story la
A: Solat 5 waktu sehari semalam .
B: *mencebik
A: Kau nak tahu atau tak ? , cara nak dapatkan income lebih ? .
B: *kembali senyum ... apa dia ?
A: Solat sunat 2 rakaat
B: *berdengus sambil menjeling
A: Kan aku dah kata , perkerjaan ni orang jarang pandang .
B: Ustaz atau Ustazah rajin la buat !
A: Habis ustaz dan ustazah jer ke yang boleh cari dan pijak syurga tu ? kita ? .
B: Kita tak layak
A: Sapa Cakap ? ada hadis ? surah ? mana-mana ayat ? ceramah ? tazkirah ?
B: Tak ada
A: Jadi ?

# mari kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah ...

Syurga ?

Asalnya kita datang dari mana , sebelum turunnya kita ke bumi Allah yang sementara ini ? .
pernah tak u all semua fikir bahawa syurga itu milik kita bersama ? . Allah telah ciptakan dari zaman Nabi Adam dulu lagi yang sudah berabad tahunnya. Maka, Untuk siapakah tempat abadi itu ? , kalau bukan kita ! umatNya , hambaNya .

Namun , mengapa kita sering alpa dan leka dewasa kini ? sedangkan Nabi Muhammad S.A.W  sepanjang beliau bernafas , Beliau tidak pernah sekali mahupun sesaat melupakan kita . Dikala di waktu malam hari , ramai yang sedang tidur dan dibuai mimpi . Namun beliau tidak pernah lena ! kerana alas kepala tidurnya basah sebab terlalu kesedihan memikirkan tentang kita pada masa kini .

Sebelum Beliau wafat , Beliau masih sempat untuk merisaukan kita umatnya yang Akhir zaman ini . Sayangnya Beliau terhadap kita , terlalu tinggi nisbahnya berbanding kita ! malu sungguh rasanya .

Kepada yang membaca , Ingat lah kata-kata terakhir sebelum perginya seorang pemimpin iaitu

: umati , umati , umati

siapa umati yang disebutkan sebelum Beliau menghembuskan nafas terakhir ? KITA ! , Beliau risaukan KITA ! ! ! UMATNYA !!! ...

oleh itu , Solat 5 waktu sehari semalam . Senang bukan ? tak perlu angkat berat or duduk berjam pun atas tikar sejadah tu ! . 5 / 6 minute pun sudah memadai ! . Nak tambah income ? buat lagi 2 rakaat , tak susah pun . Kalau rasa nak topup saham sikit , Bersedekah  lah sebanyak yang mampu . Even if bagi seringgit pun diterima jika niat di hati ikhlas . Selain itu, belanja kawan sekali sekala pun dikira bersedekah . Tapi mesti pasang niat dulu barulah dikira sedekah ( tak perlu lafaz , dalam hati jer . anggaplah ia bagai rahsia awak dan Allah ) . Antara lain menuntut ilmu dan berada di majlis ilmu dengan niat kerana Allah , In Sya Allah mendapat berkat ( Tapi Dengan Izin-NYA la ) .

Yang terakhir sekali saya nak ucapkan maaf jika ada kata-kata saya diatas yang salah atau mengguris hati , mohon di ampunkan . Kerana sesunggunhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri . Sampai sini sahaja , ini bukan tazkirah , ceramah atau dakwah . saya ni hanyalah hamba-Nya yang lemah , oleh itu , Ini sekadar perkongsian ilmu untuk kita sama-sama saling ingat mengingati antara satu sama lain #Note2Myself jugak. sekian Terima kasih

#PerkongsianIlmu





No comments:

Post a Comment